وَلَمْسُ الْأَجْنَبِيَّةِ عَمْدًا بِغَيْرِ حَائِلٍ أَوْ بِهِ بِشَهْوَةٍ وَلَوْ مَعَ جِنْسٍ أَوْ مَحْرَمِيَّةٍ.
“Dan (termasuk maksiat kedua tangan adalah) menyentuh wanita asing (yang bukan mahram) dengan sengaja tanpa penghalang, atau (menyentuhnya) dengan penghalang dengan disertai syahwat, sekalipun dengan yang sejenis, atau yang mahram.”
Berkata Imam Nawawi al-Bantani:
(وَلَمْسُ الْأَجْنَبِيَّةِ) وَهُوَ غَيْرُ مَحْرَمٍ (عَمْدًا) أَيْ قَصْدًا (بِغَيْرِ حَائِلٍ) مِنَ الثِّيَابِ (أَوْ بِهِ) أَيْ بِالْحَائِلِ لَكِنَّهُ (بِشَهْوَةٍ وَلَوْ مَعَ جِنْسٍ) وَهُوَ رَجُلٌ مَعَ رَجُلٍ أَوْ أُنْثَى مَعَ أُنْثَى (أَوْ مَحْرَمِيَّةٍ) مِنْ جِنْسٍ أَوْ غَيْرِهِ حَتَّى يَحْرُمَ الْمَسُّ لِكُلِّ مَا لَا يَجُوْزُ الْإِسْتِمْتَاعُ بِهِ وَلَوْ جَمَادًا كَمَا مَرَّ فِيْ النَّظَرِ لِأَنَّ كُلَّ مَا يَحْرُمُ النَّظَرُ لَهُ يَحْرُمُ مَسُّهُ
“Dan (menyentuh wanita asing) yang bukan mahram (dengan sengaja) yaitu dengan niat menyentuhnya (tanpa penghalang) berupa baju atau kain (atau menyentuhnya dengan penghalang) akan tetapi (dia menyentuhnya dengan syahwat, dan sekalipun terhadap yang sejenis) yaitu laki-laki terhadap laki-laki, atau perempuan terhadap perempuan, (atau yang bersifat mahram) dari jenisnya atau selainnya, hingga diharamkan menyentuh segala perkara yang diharamkan menikmatinya sekalipun benda mati sebagaimana telah berlalu dalam pembahasan maksiat pandangan, dikarenakan setiap yang haram dipandang, maka haram menyentuhnya.”([1])
Dalil haramnya menyentuh yang bukan mahram:
Pertama:
Dari Ma’qil bin Yasar radhiyallaahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ , خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ
“Sekiranya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. ([2])
Penjelasan:
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
وَفِيْ الْحَدِيْثِ وَعِيْدٌ شَدِيْدٌ لِمَنْ مَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ ، فَفِيْهِ دَلِيْلٌ عَلىَ تَحْرِيْمِ مُصَافَحَةِ النِّسَاءِ لِأَنَّ ذَلِكَ مِمَّا يَشْمُلُهُ الْمَسُّ دُوْنَ شَكٍّ ، وَقَدْ بُلِيَ بِهَا كَثِيْرٌ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ هَذَا الْعَصْرِ وَ فِيْهِمْ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ ، وَلَوْ أَنَّهُمْ اسْتَنْكَرُوا ذَلِكَ بِقُلُوْبِهِمْ، لَهَانَ الْخِطَبُ بَعْضَ الشَّيْءِ ، وَلَكِنَّهُمْ يَسْتَحِلُّوْنَ ذَلِكَ، بِشَتَّى الطُّرُقِ وَالتَّأْوِيْلَاتِ
‘Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandung unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). ([3])
Kedua:
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda:
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
“Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. ([4])
Kaedah pengambilan dalil adalah dari perkataan:
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
… dan tangan berzina dengan menyentuh. (Dari hadis di atas)
Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ
… dan tangan berzina dengan menyentuh.
Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan:
وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ
… dan tangan berzina dengan menyentuh.
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
مَعْنَى الْحَدِيْثِ أَنَّ بْنَ آدَمَ قُدِرَ عَلَيْهِ نَصِيْبٌ مِنَ الزِّنَىٰ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُوْنُ زِنَاهُ حَقِيْقِيًّا بِإِدْخَالِ الْفَرْجِ فِيْ الْفَرْجِ الْحَرَامِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُوْنُ زِنَاهُ مَجَازًا بِالنَّظَرِ الْحَرَامِ أَوْ الإِسْتِمَاعِ إِلَى الزِّنَى وَمَا يَتَعَلَّقُ بِتَحْصِيْلِهِ أَوْ بِالْمَسِّ بِالْيَدِ بِأَنْ يَمَسَّ أَجْنَبِيَّةً بِيَدِهِ أَوْ يُقَبِّلُهَا أَوْ بِالْمَشْيِ بِالرَّجُلِ إِلَى الزِّنَى أَوْ النَّظَرِ أَوْ اللَّمْسِ أَوْ الْحَدِيْثِ الْحَرَامِ مَعَ أَجْنَبِيَّةٍ وَنَحْوِ ذَلِكَ أَوْ بِالْفِكْرِ بِالْقَلْبِ
Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. ([5])
Ketiga:
Nabi ﷺ tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.
Dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا
“Bahawasanya Nabi ﷺ berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah ﷺ tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya.([6])
Juga melalui hadis ini:
وَلَا وَاللهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ
“Tidak, demi Allah, tidak pernah walau sekali pun tangannya (tangan Nabi ﷺ) menyentuh tangan seorang wanita ketika melakukan bai’at. Beliau tidak membai’at para wanita melainkan hanya dengan mengatakan: “Aku telah menerima bai’at kamu untuk perkara-perkara tersebut.”. ([7])
Dari Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:
أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ نِسَاءٍ لِنُبَايِعَهُ، فَأَخَذَ عَلَيْنَا مَا فِيْ الْقُرْآنِ: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللهِ شَيْئًا } الآيَة، وَقَالَ: “فِيْمَا اسْتَطَعْتُنَّ وَأَطَقْتُنَّ”، قُلْنَا: اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَرْحَمُ بِنَا مِنْ أَنْفُسِنَا، قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَلَا تُصَافِحُنَا؟ قَالَ “إِنِّيْ لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِيْ لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ كَقَوْلِيْ لِمِائَةِ امْرَأَةٍ
“Aku pernah berjumpa Rasulullah ﷺ bersama beberapa orang wanita untuk berbai’at kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, yaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Yaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”
Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”
Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” ([8])
Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَبَتَ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ: “إِنِّيْ لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ”، الْحَدِيْثُ. وَاللهُ يَقُوْلُ: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} ، فَيَلْزَمنَا أَلاَّ نُصَافِحَ النِّسَاءَ اقْتِدَاءً بِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، … وَكَوْنُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يُصَافِحُ النِّسَاءَ وَقْتَ الْبَيْعَةِ دَلِيْلٌ وَاضِحٌ عَلَى أَنَّ الرَّجُلَ لاَ يُصَافِحُ الْمَرْأَةَ، وَلاَ يَمَسَّ شَىْءٌ مِنْ بَدَنِهِ شَيْئًا مِنْ بَدَنِهَا؛ لِأَنَّ أَخَفَّ أَنْوَاعِ اللَّمْسِ الْمُصَافَحَةُ، فَإِذَا امْتَنَعَ مِنْهَا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ الْوَقْتِ الَّذِيْ يَقْتَضِيْهَا وَهُوَ وَقْتُ الْمُبَايَعَةِ، دَلَّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّهَا لاَ تَجُوْزُ، وَلَيْسَ لِأَحَدٍ مُخَالَفَتُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، لِأَنَّهُ هُوَ الْمُشَرِّعُ لِأُمَّتِهِ بِأَقْوَالِهِ وَأَفْعَالِهِ وَتَقْرِيْرِهِ
“Bahwasannya telah tsabit daripada Nabi ﷺ, beliau berkata, “Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.”. Dengan itu, demi untuk mencontohi/mengikuti beliau ﷺ, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah… dan sikap beliau ﷺ yang tidak bersalaman tangan dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang sangat jelas bahwa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah karena bentuk sentuhan yang paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi ﷺ sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di ketika waktu berbai’at, maka ini menunjukkan bahwa bersalaman tangan dengan kaum wanita ajnabiyah itu adalah tidak dibenarkan. Siapapun tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Karena beliau adalah yang membawa/menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan, perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir).([9])
Beliau juga menyatakan:
وَإِنَّمَا أُمِرَ بِغَضِّ الْبَصَرِ خَوْفَ الْوُقُوْعِ فِي الْفِتْنَةِ، وَلاَ شَكَّ أَنَّ مَسَّ الْبَدَنِ لِلْبَدَنِ، أَقْوَى فِيْ إِثَارَةِ الْغَرِيْزَةِ، وَأَقْوَى دَاعِيًا إِلَى الْفِتْنَةِ مِنَ النَّظَرِ بِالْعَيْنِ، وَكُلُّ مُنْصِفٍ يَعْلَمُ صِحَّةَ ذَلِكَ
“Menundukkan pandangan (antara lelaki dengan wanita) adalah diwajibkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan kepada fitnah. Tidak dinafikan bahawa sentuhan anggota tubuh lelaki ke tubuh wanita yang bukan mahram adalah merupakan faktor yang paling kuat untuk membangkitkan naluri syahwat dan pendorong yang paling kuat menuju fitnah berbanding pandangan mata. Setiap orang yang normal memahami kebenaran perkara ini…”
أَنَّ ذَلِكَ ذَرِيْعَةٌ إِلَى التَّلَذُّذِ بِالْأَجْنَبِيَّةِ، لِقِلَّةِ تَقْوَى اللهِ فِيْ هَذَا الزَّمَانِ وَضِيَاعِ الْأَمَانَةِ، وَعَدَمِ التَّوَرُّعِ عَنِ الرَّيْبَةِ
“Bahawasanya ini semua (bersalaman di antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram) membawa kepada usaha menikmatinya, disebabkan berkurangnya sifat taqwa kepada Allah di zaman ini, hilangnya sikap amanah, dan kosongnya nilai kehati-hatian. ([10])
Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’i:
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
أَنَّ كَلاَمَ الْأَجْنَبِيَّةِ يُبَاحُ سِمَاعُهُ عِنْدَ الْحَاجَةِ وَأَنَّ صَوْتَهَا لَيْسَ بِعَوْرَةٍ وَأَنَّهُ لاَيَلْمَسُ بَشَرَةَ الْأَجْنَبِيَّةِ مِنْ غَيْرِ ضَرُوْرَةٍ كَتَطَبُّبٍ وَقَصْدٍ وَحِجَامَةٍ وَقَلَعِ ضَرْسٍ وَكُحْلِ عَيْنٍ وَنَحْوِهَا مِمَّا لاَ تُوْجَدُ امْرَأَةٌ تَفْعَلُهُ جَازَ لِلرَّجُلِ الْأَجْنَبِىِّ فِعْلُهُ لِلضَّرُوْرَةِ
“Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengar ketika ada keperluan dan bahwa suaranya tidak termasuk aurat, menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab pengobatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, celak mata, dan semacamnya, di mana tidak ada wanita yang bisa ditemukan untuk melakukannya; maka boleh bagi laki-laki yang bukan mahram untuk melakukannya karena alasan darura.” ([11])
Beliau juga berkata:
حَيْثُ حُرِمَ النَّظَرُ حُرِمَ الْمَسُّ بِطَرِيْقِ الْأَوْلَى لِأَنَّهُ أَبْلَغُ لَذَّةٍ فَيُحْرَمُ
“Sekiranya melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan, maka menyentuh kulitnya lebih berhak diharamkan lagi. Dikarenakan menyentuh kulit lebih dalam kelezatannya, maka diharamkan.”([12])
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata tentang hadist pembai’atan para wanita kepada Rasulullah tanpa bersalaman:
وَمَنْعُ لَمْسِ بَشَرَةِ الْأَجْنَبِيَّةِ مِنْ غَيْرِ ضَرُوْرَةٍ لِذَلِكَ
“(Hadis tersebut mengandungi penjelasan) larangan menyentuh kulit wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) tanpa adanya alasan darurat untuk yang demikian.” ([13])
(Diambil dari buku Kumpulan Makalah Kajian Syarah Sullamauttaufik oleh Ust. Muhammad Syahri di Rumah Bpk. H. Jarot Jawi Prigen)
__________________________________
Footnote:
([2]) HR. ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no. 226.
Juga diriwayatkan oleh ar-Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata: “Ayahku menceritakan kepada kami, Syadad B. Sa’id telah menceritakan kepada kami, daripada Abu al-Alla’, beliau berkata, Ma’qil B. Yasar telah menceritakan kepadaku secara marfu’… (hadis di atas).”
Syaikh al-Albani rahimahullaah berkata tentang sanad hadis ini (riwayat ar-Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang bagus (jayyid). Semua perawinya tsiqah dan termasuk para perawi al-Bukhari dan Muslim, kecuali Syaddad B. Sa’id yang hanya merupakan perawi Imam Muslim sahaja. Ada sedikit komentar terhadapnya yang tidak boleh menurunkannya dari status hasan. Dengan sebab itu, Imam Muslim hanya meriwayatkan daripadanya sebagai syawahid. Adz-Dzahabi rahimahullaah mengatakan dalam al-Mizan sebagai Sholihul hadis (hadis yang bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq yukhthi (jujur namun sering salah). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447)
([3]) al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah al-Kamilah, 1/225
([4]) HR. Muslim, Shahih Muslim, 13/125, no. 4802
([5]) an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shahih Muslim, 16/206
([6]) HR. al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674
([7]) HR. al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, 15/165, no. 4512
([8]) Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih
([9]) al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256
([10]) al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/257
([11]) Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/10
([12]) Imam an-Nawawi, Raudhatut Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27
([13]) al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/204






